Profile Facebook Twitter My Space Friendster Friendfeed You Tube
Dharma Pendidikan Kompasiana MSN Indonesia Bisnis Indonesia Kompas Republika Tempo Detiknews Media Indonesia Jawa Pos Okezone Yahoo News New York Times Times Forbes
Google Yahoo MSN
Bank Indonesia Bank Mandiri BNI BCA BRI Cimb Niaga BII
Hariyono.org Education Zone Teknologi Informasi Ekonomi Mikro Ekonomi Makro Perekonomian Indonesia KTI-PTK Akuntansi Komputer Media Pend.Askeb Media Bidan Pendidik Materi Umum Kampus # # #
mandikdasmen Depdiknas Kemdiknas BSNP Kamus Bhs Indonesia BSNP # # # # #
Affiliate Marketing Info Biz # # # # # # # # #
Bisnis Online Affilite Blogs Affiliate Program Affiliate Marketing # # # # # # # # #

14 October 2010 | 12:17 PM | 0 Comments

Model Motivasi Belajar ARCS

guru21 Model ARCS (Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction), dikembangkan oleh Keller dan Kopp (1987) sebagai jawaban pertanyaan bagaimana merancang pembelajaran yang dapat mempengaruhi motivasi berprestasi dan hasil belajar. Model pembelajaran ini dikembangkan berdasarkan teori nilai harapan (expectancy value theory) yang mengandung dua komponen yaitu nilai (value) dari tujuan yang akan dicapai dan harapan (expectancy) agar berhasil mencapai tujuan itu. Dari dua komponen tersebut oleh Keller dikembangkan menjadi empat komponen. Keempat komponen model pembelajaran itu adalah attention, relevance, confidence dan satisfaction dengan akronim ARCS (Keller dan Kopp, 1987: 289-319).

Models ARCS adalah model yang terkenal dlm model rekabentuk instruksi yang digunakan secara meluas. Model ARCS berakar umbi pada banyak teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value (contohnya Vroom, 1964; Porter dan Lawler, 1968).

Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan sebagai hasilan utama yang boleh diukur. Supaya "usaha' boleh berlaku, dua prasyarat mesti ditetapkan - (1) orang berkenaan mesti menghargai tugas, dan (2) orang tersebut mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas. Justeru itu, dalam situasi instruksi, tugasan pembelajaran mesti disembahkan dalam cara yang melibatkan dan bererti kepada pelajar; dan dapat menggalakkan jangkaan positif akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.

Models ARCS mengenalpasti empat komponen strategi yang penting untuk memotivasikan instruksi:

  • [A]ttention / Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat
  • [R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar.
  • [C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan
  • [S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983)

Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS kepada tiga sub-komponen stragegik. Penerangan sub-komponen strategik dan contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut.

Attention / Perhatian

  • Perangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan (incongruity) atau ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
  • Perangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang seseuatu masalah dan mengarahkan murid melukan percambahan idea (brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari dalam kelas.
  • Kepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran di OHP, murid-murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.

Relevance / Perkatian

  • Orientasi Matlamat: menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.
  • Pemadanan Motif: memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.
  • Kebiasaan: menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difaham dan boleh berkatian dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.

Confidence / Keyakinan

  • Prasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran. Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga diedarkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
  • Kesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari berbagai-bagai sumber. Usaha murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.
  • Tanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.

Satisfaction / Kepuasan

  • Pengukuhan Intrinsik:  menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
  • Gangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apbila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
  • Equiti: memastikan piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.

Rumusan

Model ARCS dalam rekabentuk instruksi adalah pendekatan yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka bentuk dan meningkatkan mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Chemotti, J.T. (1992, June). From nuclear arms to Hershey's kisses: Strategies for motivating students. School Library Media Activities Monthly, 8(10), 34-36. (EJ 446 223)

Keller, J.M.(1983). Motivational design of instruction. In C.M. Reigeluth (Ed.). Instructional design theories and models: An overview of their current status. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Keller, J.M. (1987a, Oct.). Strategies for stimulating the motivation to learn. Performance and Instruction, 26(8), 1-7. (EJ 362 632)

Keller, J.M. (1987b). IMMS: Instructional materials motivation survey. Florida State University.

Keller, J.M. & Keller, B.H. (1989). Motivational delivery checklist. Florida State University.

Porter, L.W. & Lawler, E.E. (1968). Managerial attitudes and performance. Homewood, IL: Dorsey Press.

Schamber, L. (1994). Relevance and information behavior. Annual Review of Information Science and Technolgy, Medford, NJ: Learned Information, Inc. (EJ 491 620)

Small, R.V. (1992, Apr.). Taking AIM: Approaches to instructional motivation. School Library Media Activities Monthly, 8(8), 32-34.

Small, R.V. (1997). Assessing the motivational quality of world wide websites. ERIC Clearinghouse on Information and Technology. (ED number pending, IR 018 331)

Taylor, R.S. (1986). Value-added processes in information systems. Norwood, NJ: Ablex. (ISBN: 0-89391-273-5)

Vroom, V.H. (1964). Work and motivation. New York: Wiley.

Wlodkowski, R.J. (1981). Making sense our of motivation: A systematic model to consolidate motivational constructs across theories. Educational Psychologist, 16(2), 101-110.

sumber : http://ihashimi.aurasolution.com

NB: Jika anda suka artikel ini, silakan share ke teman FACEBOOK anda. Cukup dengan meng-KLIK link ini! Terimakasih.
 
Copyright © 2010 - All right reserved by Education Zone | Template design by Herdiansyah Hamzah | Published by h4r1
Proudly powered by Blogger.com | Best view on mozilla, internet explore, google crome, flock and opera.